Tuesday, August 4, 2009

PPSMI2


Cerita kedua yang saya bangkitkan dalam post yang lepas ialah tentang perbincangan seorang penjual akhbar dan seorang warga emas yang sependapat bahawa PPSMI tidak patut dimansuhkan. Sebabnya ialah kerana tujuan PPSMI itu dibuat oleh seorang bekas PM kita ialah kerana untuk menggalakkan orang Melayu kita membaca. Itu mengikut kata mereka.

Bagi saya kalau buku bahasa Malaysia yang berilmiah pun susah nak baca, inikan pula bahasa Inggeris? Memang saya tak nafikan bahasa Inggeris itu penting. Sewaktu saya di dalam bilik kuliah, apabila pensyarah memaparkan satu jenaka Bahasa Inggeris saya yang tergelak dahulu. Yang lain semua diam tak faham sehinggalah pensyarah tu yang jelaskan maksudnya.Memang kita kena belajar bahasa Inggeris tetapi bukan belajar bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

Saya berada di sebuah bengkel menukar tayar dan sedang membaca buku 'Increase Your Financial IQ' karya Robert T. Kiyosaki sebelum ditegur oleh seorang pelajar MMU dari Cambodia. Bila saya tanya apa yang saya boleh tolong, dia kata dia seronok bila dia tengok saya
baca buku itu sebab dia pun pernah membaca buku tersebut dan memang buku yang baik. Dia bertanya berapa ringgit harga buku itu dan saya katakan buku tersebut saya beli dengan harga RM 37.00. Dia terkejut dan termenung sebelum menyambung yang buku tersebut dia beli di Filipina dengan harga RM 15.00.

Saya terfikir mahalkah harga buku di Malaysia?












SUDAH GAHARU CENDANA PULA SUDAH TAHU BERTANYA PULA

Gaharu ialah sejenis kayu yang berbau harum dari pokok tengkaras. Cendana pula ialah tumbuhan yang berbau harum yang pokoknya bewarna merah. Sudah ada gaharu ada pula cendana. Gambar atas pokok Gaharu dan bawah ialah pokok cendana.