Tuesday, August 4, 2009

PPSMI2


Cerita kedua yang saya bangkitkan dalam post yang lepas ialah tentang perbincangan seorang penjual akhbar dan seorang warga emas yang sependapat bahawa PPSMI tidak patut dimansuhkan. Sebabnya ialah kerana tujuan PPSMI itu dibuat oleh seorang bekas PM kita ialah kerana untuk menggalakkan orang Melayu kita membaca. Itu mengikut kata mereka.

Bagi saya kalau buku bahasa Malaysia yang berilmiah pun susah nak baca, inikan pula bahasa Inggeris? Memang saya tak nafikan bahasa Inggeris itu penting. Sewaktu saya di dalam bilik kuliah, apabila pensyarah memaparkan satu jenaka Bahasa Inggeris saya yang tergelak dahulu. Yang lain semua diam tak faham sehinggalah pensyarah tu yang jelaskan maksudnya.Memang kita kena belajar bahasa Inggeris tetapi bukan belajar bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

Saya berada di sebuah bengkel menukar tayar dan sedang membaca buku 'Increase Your Financial IQ' karya Robert T. Kiyosaki sebelum ditegur oleh seorang pelajar MMU dari Cambodia. Bila saya tanya apa yang saya boleh tolong, dia kata dia seronok bila dia tengok saya
baca buku itu sebab dia pun pernah membaca buku tersebut dan memang buku yang baik. Dia bertanya berapa ringgit harga buku itu dan saya katakan buku tersebut saya beli dengan harga RM 37.00. Dia terkejut dan termenung sebelum menyambung yang buku tersebut dia beli di Filipina dengan harga RM 15.00.

Saya terfikir mahalkah harga buku di Malaysia?












SUDAH GAHARU CENDANA PULA SUDAH TAHU BERTANYA PULA

Gaharu ialah sejenis kayu yang berbau harum dari pokok tengkaras. Cendana pula ialah tumbuhan yang berbau harum yang pokoknya bewarna merah. Sudah ada gaharu ada pula cendana. Gambar atas pokok Gaharu dan bawah ialah pokok cendana.

Friday, July 31, 2009

PPSMI

Assalamualaikum w.b.h

Maaf sekali lagi dipinta kerana lambat mengemaskini kerana kesuntukkan masa.

Berkenaan dengan 'post' yang lepas saya telah menceritakan tentang beberapa perkara tentang ada individu-individu yang tidak bersetuju tentang pemansuhan PPSMI.

Berkenaan dengan seorang doktor yang menelefon ke sebuah stesen radio yang mengatakan bagaimana ilmu perubatan hendak berlegar di kalangan orang Melayu jika Bahasa Inggeris tidak diutamakan kerana kebanyakkan rujukan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau saya yang menjadi doktor itu, saya akan melihat pemansuhan ini sebagai satu jalan sumbangan saya terhadap bangsa dan negara. Apa tidaknya, saya akan melihat bahawa peluang terbuka luas untuk saya sebagai seorang doktor untuk menjalankan penterjemahan ke atas buku-buku perubatan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.
Tidakkah itu satu tanggungjawab kita sebagai anak bangsa yang mempunyai jati diri dan tanggungjawab terhadap harta bangsanya?

Satu perkara kita perlu ingat, pihak Barat memperolehi semua ilmu-ilmu dunia termasuk perubatan dari ilmuan-limuan Arab yang merakamkan ilmu mereka di dalam transkrip yang berbahasa Arab. Melalui penjajahan ke atas negara-negara Islam, transkrip-transkrip tersebut dibawa balik ke negara mereka dan dikaji serta DITERJEMAHKAN dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Mereka bekerja untuk menterjemah bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Tinggi sungguh jatidiri mereka....

Persoalannya kenapa kita tidak boleh berbuat demikian? sebabnya

MALU BERTANYA SESAT JALAN, MALU BERKAYUH PERAHU HANYUT
Maknanya: Kalau tidak mahu berusaha, maka kegagalanlah yang akan ditemui..

Siapa lagi yang hendak mengangkat Bahasa kita kalau tidak kita sendiri..

Monday, July 13, 2009

PPSMI

Asalamualaikum..

Baru-baru ini banyak isu yang timbul selepas Timbalan Perdana Menteri kita mengumumkan akan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2012 nanti.

Pada keesokkan harinya, di dalam kereta sewaktu memandu ke tempat kerja, saya tertarik dengan seorang pendengar radio yang menelefon radio IKIM yang pada pagi itu membincangkan tentang pemansuhan tersebut. Pemanggil itu mengaku dia seorang doktor perubatan.

Pemanggil itu menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan pemansuhan tersebut kerana buku-buku perubatan semuanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau macam tu macam mana pelajar kita nak maju dalam dunia perubatan jika tidak cekap berbahasa Inggeris?

Begitulah pendapat doktor Melayu tersebut yang dalam perkiraan saya berada di dalam lingkungan 40an.

Peristiwa kedua pula berlaku sewaktu saya sedang membelek akhbar di sebuah gerai pada hari Sabtu yang lalu. Saya mencuri-curi dengar perbualan tuan gerai dengan seorang kenalannya. Kedua-duanya warga emas. Masing-masing berbincang tentang pemansuhan PPSMI. Antara yang saya dengar katanya ialah tujuan bekas PM yang menguatkuasakan PPSMI ini dulu ialah kerana untuk menggalakkan orang Melayu banyak membaca.

Saya nak jawab kedua-dua pendapat ini dalam post akan datang nanti.

Monday, July 6, 2009

Friday, July 3, 2009

Jawapan komen dari Squidoo 2

Diana ada menulis

Sudah terhantuk baru terngadah

Biasa atau tidak bila kepala kita terhantuk barulah kita hendak memandang ke atas nak tengok dengan apa yang kita terhantuk tadi.

Maknanya bila mendapat kesusahan baru hendak beringat

Memang sikap kita jarang mahu beringat apabila membuat sesuatu padahal banyak kelebihannya kita beringat atau berfikir dulu. Yang paling ketara sekali ialah apabila kita bercakap. Jarang kita fikirkan akibat dari percakapan kita itu.

Tetapi ingat, ia bukan terbatas pada percakapan. Perbuatan juga per;u kita fikir baik buruknya. Jangan mengikut kata hati nanti mati..!!! kata orang tua dulu-dulu. Sedih jugak bila kita lihat banyak remaja hari ini lalai dan membuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Akibatnya....

Sudah terhantuk baru terngadah
Sudah bolos baru hendak melantai.
Sudah patah baru hendak melantai.

Akhirnya

Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terpijak benang arang hitamlah tapak.

Jawapan Komen dari Squidoo 1

Dang Seri Izurin bertanya apa maksud pemborong?

Kalau mengikut kamus Dewan, borong bermaksud secara keseluruhan atau besar-besaran di dalam soal jual beli, pekerjaan atau sebagainya.

Pemborong pula ada 2 maksud:

1. Maksud pertama: orang yang membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran. Contoh:

Hasil kebun durian Pak Ali dijual secara borong kepada En. Tahir.

2. Maksud kedua: orang yang melakukan pekerjaan secara keseluruhannya. Contoh:-

Tender untuk membangunkan taman rekreasi itu diberikan kepada seorang pemborong Melayu

Tuesday, June 30, 2009

Sama-sama Tanggung

Kebanyakkan akhbar hari ini menyiarkan satu berita tentang beberapa penculik yang kempunan untuk berjoli katak dengan hasil tebusan berjumlah RM 650, 000.00 lepas culik isteri seorang peniaga di Muar.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20090701083213/Article

Jangan memain tu...RM 650, 000.00. Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dari peristiwa ini. Pertama, sudah tentu sekali keadaan persekitaran yang semakin tidak selamat. Susah kita nak rasa keadaan seperti tahun 70 dan 80 an dulu.

Kedua, kalau kita dianugerahkan Allah s.w.t harta kekayaan janganlah tunuk-tunjuk sangat sampai menarik perhatian orang. Diam-diam sudahlah. Buat amal secara senyap. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang tahu. Lagipun kemewahan tu bukan kita punya. Pinjaman dari Allah sahaja.

Macam mana nak kata segala kemewahan di dunia ni kita punyai, roh yang ada dalam badan ni pun tak boleh kita nak pertahankan bila sampai masanya. So..what the fuzz about?

Bagi mereka yang berenam tu ada peribahasa yang sesuai untuk diaorang

SAKIT SAMA MENGADUH, LUKA SAMA MENYIUK

Apabila dua orang atau lebih melakukan sesuatu kerja dan ditimpa musibah hendaklah sama-sama merasa. Jika luka biar sama menyiuk, iaitu menarik nafas dalam mulut kerana sakit.

Cuma pastikan kerja yang dilakukan itu kerja yang baik kerana ikut hati sesal yang tidak berkesudahan.