Friday, July 31, 2009

PPSMI

Assalamualaikum w.b.h

Maaf sekali lagi dipinta kerana lambat mengemaskini kerana kesuntukkan masa.

Berkenaan dengan 'post' yang lepas saya telah menceritakan tentang beberapa perkara tentang ada individu-individu yang tidak bersetuju tentang pemansuhan PPSMI.

Berkenaan dengan seorang doktor yang menelefon ke sebuah stesen radio yang mengatakan bagaimana ilmu perubatan hendak berlegar di kalangan orang Melayu jika Bahasa Inggeris tidak diutamakan kerana kebanyakkan rujukan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau saya yang menjadi doktor itu, saya akan melihat pemansuhan ini sebagai satu jalan sumbangan saya terhadap bangsa dan negara. Apa tidaknya, saya akan melihat bahawa peluang terbuka luas untuk saya sebagai seorang doktor untuk menjalankan penterjemahan ke atas buku-buku perubatan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.
Tidakkah itu satu tanggungjawab kita sebagai anak bangsa yang mempunyai jati diri dan tanggungjawab terhadap harta bangsanya?

Satu perkara kita perlu ingat, pihak Barat memperolehi semua ilmu-ilmu dunia termasuk perubatan dari ilmuan-limuan Arab yang merakamkan ilmu mereka di dalam transkrip yang berbahasa Arab. Melalui penjajahan ke atas negara-negara Islam, transkrip-transkrip tersebut dibawa balik ke negara mereka dan dikaji serta DITERJEMAHKAN dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Mereka bekerja untuk menterjemah bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Tinggi sungguh jatidiri mereka....

Persoalannya kenapa kita tidak boleh berbuat demikian? sebabnya

MALU BERTANYA SESAT JALAN, MALU BERKAYUH PERAHU HANYUT
Maknanya: Kalau tidak mahu berusaha, maka kegagalanlah yang akan ditemui..

Siapa lagi yang hendak mengangkat Bahasa kita kalau tidak kita sendiri..

No comments:

Post a Comment