Monday, July 13, 2009

PPSMI

Asalamualaikum..

Baru-baru ini banyak isu yang timbul selepas Timbalan Perdana Menteri kita mengumumkan akan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2012 nanti.

Pada keesokkan harinya, di dalam kereta sewaktu memandu ke tempat kerja, saya tertarik dengan seorang pendengar radio yang menelefon radio IKIM yang pada pagi itu membincangkan tentang pemansuhan tersebut. Pemanggil itu mengaku dia seorang doktor perubatan.

Pemanggil itu menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan pemansuhan tersebut kerana buku-buku perubatan semuanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau macam tu macam mana pelajar kita nak maju dalam dunia perubatan jika tidak cekap berbahasa Inggeris?

Begitulah pendapat doktor Melayu tersebut yang dalam perkiraan saya berada di dalam lingkungan 40an.

Peristiwa kedua pula berlaku sewaktu saya sedang membelek akhbar di sebuah gerai pada hari Sabtu yang lalu. Saya mencuri-curi dengar perbualan tuan gerai dengan seorang kenalannya. Kedua-duanya warga emas. Masing-masing berbincang tentang pemansuhan PPSMI. Antara yang saya dengar katanya ialah tujuan bekas PM yang menguatkuasakan PPSMI ini dulu ialah kerana untuk menggalakkan orang Melayu banyak membaca.

Saya nak jawab kedua-dua pendapat ini dalam post akan datang nanti.

No comments:

Post a Comment