Tuesday, June 30, 2009

Sama-sama Tanggung

Kebanyakkan akhbar hari ini menyiarkan satu berita tentang beberapa penculik yang kempunan untuk berjoli katak dengan hasil tebusan berjumlah RM 650, 000.00 lepas culik isteri seorang peniaga di Muar.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20090701083213/Article

Jangan memain tu...RM 650, 000.00. Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar dari peristiwa ini. Pertama, sudah tentu sekali keadaan persekitaran yang semakin tidak selamat. Susah kita nak rasa keadaan seperti tahun 70 dan 80 an dulu.

Kedua, kalau kita dianugerahkan Allah s.w.t harta kekayaan janganlah tunuk-tunjuk sangat sampai menarik perhatian orang. Diam-diam sudahlah. Buat amal secara senyap. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang tahu. Lagipun kemewahan tu bukan kita punya. Pinjaman dari Allah sahaja.

Macam mana nak kata segala kemewahan di dunia ni kita punyai, roh yang ada dalam badan ni pun tak boleh kita nak pertahankan bila sampai masanya. So..what the fuzz about?

Bagi mereka yang berenam tu ada peribahasa yang sesuai untuk diaorang

SAKIT SAMA MENGADUH, LUKA SAMA MENYIUK

Apabila dua orang atau lebih melakukan sesuatu kerja dan ditimpa musibah hendaklah sama-sama merasa. Jika luka biar sama menyiuk, iaitu menarik nafas dalam mulut kerana sakit.

Cuma pastikan kerja yang dilakukan itu kerja yang baik kerana ikut hati sesal yang tidak berkesudahan.

Wednesday, June 3, 2009

Peribahasa 4

AIR TAWAR SECAWAN DITUANG KE LAUT, TAKKAN DAPAT MENGHILANGKAN RASA MASINNYA.

Di mana ada air tawar secawan boleh mendatangkan kesan ke atas air laut? Kemasinan air laut itu tentu tidak terjejas.

Maksudnya pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban yang besar.

Biar pertolongannya sedikit tapi ikhlasnya besar. Besar peranannya.

Peribahasa 3

AIR DI CUCURAN ATAP, JATUHNYA DI PELIMBAHAN JUGA

Air hujan yang jatuh di bumbung rumah akan mengalir di cucuran atap terlebih dahulu. Air ini adalah bersih kerana berada di tempat yang tinggi. Namun, akhirnya jatuh juga di longkang (pelimbahan) yang mana kotor sebagaimana air yang lain juga.Maksudnya seorang anak walaupun dilahirkan bersih, semakin lama ia akan mengikut perilaku ibu bapa atau asal keturunannya.Jangan biar air jatuh di pelimbahan tetapi jatuh di takungan simpan. Guna didikan agama.

Peribahasa 2

ADAKAH DARI TELAGA YANG JERNIH ITU MENGALIR AIR YANG KERUH?

Kalau sudah perigi itu menghasilkan air yang jernih, sudah tentulah air yang mengalir keluar juga jernih. Memang tidak munasabah jika dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh.Maksudnya ialah mana mungkin orang yang berpendidikan melakukan perkara-perkara keji atau mengeluarkan kata-kata kotor....Ingat!!! Ilmu didikan hati bukan didikan otak.

Peribahasa 1

ADAKAH AIR YANG PENUH DI DALAM TONG ITU BERKOCAK, MELAINKAN AIR YANG SETENGAH TONG ITU JUGA YANG BERKOCAK?

Tong ialah sebuah bekas yang biasanya besar dan berbentuk selinder yang kebiasaannya
digunakan untuk mengisi air. Sekiranya tong itu penuh dengan air, sudah tentulah air di dalam tong itu tidak berkocak.

Namun, sekiranya setengah sahaja tong berisi air sudah tentulah air itu akan berkocak akibat goncangan yang kuat.Maksud peribahasa ini ialah orang yang tidak berilmu juga yang banyak bercakap.Maka hati-hati bila bercakap.

Prof. Dr. Hamka pernah berkata kalau kita hendak lihat tahap pemikiran seseorang itu, lihatlah cara dia bercakap.

Pengenalan

Sebagai sebuah bangsa, sudah tentu sesuatu bangsa tersebut mempunyai harta yang membentuk identitinya. Harta-harta tersebut meliputi berbagai aspek hidup termasuk budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Orang Melayu sudah tentunya mempunyai harta yang bernilai tinggi. Selain Islam sebagai harta terbesar yang membentuk jatidiri orang Melayu, bahasa Melayu adalah merupakan harta terunggul yang perlu kita jaga bersama-sama.

Bahasalah yang menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Bahasa jiwa bangsa.

Malangnya ketika ini, Bahasa Melayu kelihatan semakin dipinggirkan. Tidak perlu diceritakan panjang lebar di sini. Umum mengetahuinya.

Blog ini adalah usaha kecil saya untuk menimbulkan minat, menyedarkan minda betapa indahnya bahasa Melayu dalam konteks peribahasa, pantun dan sebagainya.

Semoga usaha kecil ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Jumpa di 'post' akan datang..